Resipi : Puding buah kurma dengan sos mentega

I will do an English version later on. Meantime, I shall dedicate this recipe to all Muslims readers of MalaysiaBest.Net.

Ini adalah resipi dari Australia yang bernama Sticky Date Pudding with Butterscoth sauce. Saya telah melayari internet, mengambil idea dari beberapa laman web Australia dan mereka resipi ini dengan bahan-bahan tempatan. Sempena bulan Ramadhan, saya rasa resipi buah kurma memang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa.

Bahan-bahan dan caranya sekali

Pes Kurma
Buah kurma – Lebih kurang 20 biji (saya guna kurma mariami)

……keluarkan kesemua biji-biji buah kurma

Secawan air suam

…..sekiranya anda ada blender, masukkan air dan buah kurma itu dan mesin sehingga buah kurma menjadi pes. Sekiranya anda tidak ada blender, potong buah kurma hingga halus dan masak dengan air supaya kurma menjadi lembut.

Biar pes kurma ini sejuk. Sementara itu….

Bahan puding

Gula merah lembut (jenis yang macam gula kaster tapi berwarna merah) – 100 grams

Mentega – 50 grams

Pukul kedua bahan ini sehingga mentega dan gula menjadi lembut.

Masukkan 2 biji telur dan terus pukul. Tambah pes kurma. Lepas itu, tambah bahan-bahan di bawah:
Tepung gandum – 200 grams

Soda bikarbonat – 1.5 sudu teh (sekiranya anda guna tepung naik sendiri, kurangkan soda bikarbonat, 1 sudu teh cukup)

Esen vanila (saya guna esen buton vanilla yang dibeli dari kedai Cooking Island di Pulau Pinang)

Apabila sudah siap gaul kesemua bahan, masukkan ke dalam acuan kek.

Baine Marie – adalah cara membakar dengan menggunakan air. Walaupun nama baine marie itu name Perancis, tapi, ia senang sahaja. Masukkan puding yang dah sedia untuk dibakar itu ke dalam acuan kek yang lebih besar sedikit. Maksudnya, puding yang akan dibakar itu macam terapung dalam air. Dengan kaedah ini, kek/puding tidak jadi terlalu keras.
Bakar selama lebih-kurang 30-40 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Semasa puding dibakar, sediakan sos mentega

Bahan-bahan

1 sudu besar mentega

Sekotak whipping cream 200m (dapat dibeli dari kebanyakkan pasaraya, bahagian sejuk, tempat menjual mentega. Ia macam susu UHT tapi dipanggil ‘Whipping Cream’)

100 gram gula merah

Esen vanila

Masak kesemua bahan dengan api perlahan. Apabila sudah gula sudah cair dan bahan sudah berbuih, matikan api.

Apabila puding sudah masak, anda boleh keluarkan dari acuan dan hidang. Puding ini memang dihidang semasa suam. Sekiranya ada yang berlebihan, simpan dalam tupperware di peti sejuk. Panaskan dengan ketuhar gelombang micro untuk seminit supaya suam. Sos yang berlebihan pun patut disimpan di peti sejuk.

Heh…..macam mana? Ada gaya macam selibriti chef tak? Puding ini memang sedap. Saya telah mengurangkan kuantiti gula kerana buah kurma sudah cukup manis.

Sekiranya puan-puan, tuan-tuan, cik adik, cik abang semua suka resipi ini, tolong sebarkan URL laman MalaysiaBest.Net lah ya? Guna butang ‘Tell-a-friend’ di sebelah kanan ini. Cuma taip emel kawan-kawan anda dan hantar.

Jikalau anda dari Pulau Pinang, anda boleh membeli bahan-bahan membuat kek dan biskut dari Cooking Island. Dekat dengan roundabout Gurney Drive, jalan ke Tanjung Tokong, sebelum Bomba.
Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa! Moga-moga juadah ini dapat memaniskan anda kesemua!

Post Author: Lilian

Food, travel, recipes. Chinese Malaysian, blogger, photographer and writer.

25 thoughts on “Resipi : Puding buah kurma dengan sos mentega

    yingci

    (September 30, 2006 - 12:55 am)

    Wah! Sedapnya! Saya pun nak cuba buat! Saya baca belog nyonya tiap-tiap hari, rasa lapar tiap-tiap kali. Tolongggggg!!!!

    […] So, what have you done for your spouse lately?  Mine woke up at 5 am previous morning to make me a cup of hot Milo and served me two panadols.  And oooohhh….I just made the most sinful thing today! […]

    Lilian

    (September 30, 2006 - 2:34 am)

    yingci – Apa khabar!!!!!! Wuah, sudah balik UK, ada gemuk kah?

    babe_kl

    (September 30, 2006 - 8:58 am)

    wahh caya lah cik puan ni!!! ada satu bahan cik puan lupa… vanilla ais-krim atas puding!!! hahaha amboi sedapnya!! tolong hantar 3 keping melalui poslaju :p terima kasih daun keladi

    Lilian

    (September 30, 2006 - 11:12 am)

    babe – Tarak aiskrim ‘cos it was 10pm when I decided to bake it. I didn’t have flour also, so I use bread flour. Hahaha.

    alexallied

    (September 30, 2006 - 12:14 pm)

    eh limakalimama, lu ada amik orda ka? gua mau makan tapi malas nak bikin. belapa lu cas bagi satu kilo kek tu?

    athene

    (September 30, 2006 - 12:43 pm)

    Let’s see, kurma ada, tepung ada, butter & essense ada, telur & cream pun ada… only brown sugar tadak… no problem, nanti boleh beli… hmmm… kena buat ni! Tgk la jadi ke tak… sebab cheese cake yg nak buat last week pun still dalam bentuk cheese lagi 🙂

    btw, lilian, do they have whole vanilla pod kat cooking island?

    athene

    (September 30, 2006 - 1:07 pm)

    aiyoh lilian… why you never say miyazaka restaurant was non-halal! we were practically thrown out it last nite when the guy at the sushi bar realized that we were there to buka puasa! the look on the guy was so funny… he was going no.. noo.. not halal..! Got pork!

    we ended at the Fusion instead.

    f1re80

    (September 30, 2006 - 1:56 pm)

    Lilian, awak masak sedap-sedap tiap-tiap hari. Nanti anak awak dah besar nak kahwin, nanti menantu mesti mencontohi kasut yang sangat besar… Saya kasihankan mereka. (Kecuali anak awak kahwin Chef dari hotel!!!)

    Cooking Island

    (September 30, 2006 - 2:08 pm)

    yes athene , Vanilla pot will be in at our shop by two weeks time…

    Sooi Sooi

    (September 30, 2006 - 2:58 pm)

    oooossshhh….tak tau nak komen yang mana dulu: BM yang terror kah atau puding kurma yang mengiurkan ini dulu…takda masa nak komen panjang2. kena pigi tesco beli kurma, whipping cream cepat cepat!

    p/s> kalau sudah letak aiskrim kena letak sos mentega lagi ka? terlalu manis kan?

    sofhib

    (September 30, 2006 - 3:24 pm)

    tabik spring sama Lilian. tgk pun dah meleleh ayaq liuq

    nyonyapenang

    (September 30, 2006 - 3:56 pm)

    slurrp…..**air liuh meleleh**……

    molly

    (September 30, 2006 - 5:30 pm)

    Wah!Lilian pandai buat pudding juga.Belum pernah makan pudding ini. Kena cuba suatu hari nanti.Cooking Island juga popular sekarang..he..he ..melalui blog lilian.( Minta komisen dari Lawrencelah Lilian!!) I baru beli banyak sausages dan muffin mix dari Cooking Island.Semua sedap-sedap..

    Lilian

    (October 1, 2006 - 12:35 am)

    Hehehe – Tks for the comments. I am having a bad sore throat with fever so be right back to reply.

    Athene!!!! Aiyor…sorry lah. I must have overlooked. Minta maaf ya.

    romantic

    (October 1, 2006 - 1:57 am)

    Ayoh Lilian, not fair to tempt us with the picture n no recipe for us who cant understand Bahasa..
    Cake looks really delicious!!!! Hope your throat is better soon.

    babe_kl

    (October 2, 2006 - 12:06 pm)

    using bread flour wont make the cake harder? so can sub?

    Lilian

    (October 2, 2006 - 12:24 pm)

    babe – I use baine marie style to bake it so the bottom is not hard at all. Erina taught me to substitute 20% bread flour if we are baking fruitcake for a firmer texture.

    romantic – okok, I will post another one soon.

    Izzati

    (October 2, 2006 - 4:50 pm)

    Eh..eh.. Lilian… Ada betui, betui macam selibriti Flower Tan lah. I nak try buat. Guess 1 jam to make & bake, cukup kot?? After work, rush home and beat, beat, beat..bake, bake, bake.. My kids mesti suka buka puasa ngan puding ni. Btw, shop dia nama ‘Cooking Island’ gak? I selalu pigi dekat Kassim Mustafa sana beli ingredient. Esok i pigi sana…

    Lilian

    (October 2, 2006 - 5:05 pm)

    Izz – I pun pergi jugak kedai tu. Tapi Cooking Island best lagi sebab both husband and wife sama-sama expert makan and cooking. Hahaha. One hour cukup lah tu…The sauce tu memang sedapppp.

    Izzati

    (October 3, 2006 - 11:10 am)

    Lilian, I baked the puding (but why macam kek??) last evening. Very nice lor… not too sweet, just nice. My family loves it very much. I mix the normal kurma & miriami. Within seconds the puding finis. I’m gonna buat lagi tonite.. hee…hee… You got any Swiss Roll recipe ah? I’m gonna recommend my ‘cho pang gao yau’ (frens) to surf in here. TQ for this wonderful recipe.

    Erina Law

    (October 4, 2006 - 12:21 am)

    the different is the protein contain inside the flour. Bread flour contain the highest protein and gluten. Like superfine flour, some called it High Quality or High Ration Flour. This is used for light weight cake eg. chiffon cake. Low protein or all purpose are used for heavy weight eg fruit cakes and also cookies. Some mix a little bit of supersoft flour to make the texture smoother. Some used unbleach bread flour coz there is NO chemical inside but the fermentation time take longer lor. How I know??? He he he…….. I call up Federal Flour Malaysia

    SkyJuice7

    (October 4, 2006 - 9:17 am)

    Wah… nampak sedap sungguh! Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi, Lilian.

    […] As promised, here is the English version of my earlier post which I wrote in Bahasa Malaysia. I found this recipe for Sticky Date pudding from The Red Kitchen. (thanks to Red Kitchen for the recipe) I did a little adjustment to the sugar quantity because I presume the Arabian dates we have here are extremely sweet compared to the Californian dates. Moreover, I ran out of self-raising flour and therefore, substitute with bread flour which gives the pudding a denser texture. […]

    suraya

    (October 11, 2006 - 11:13 am)

    the taste is great!

Comments are closed.