Resipi – Kek mentega

Kek mentega atau butter cake adalah resipi yang paling senang digaul. Sekiranya anda ada mixer, anda pasti dapat hasil yang memuaskan hati setiap kali anda cuba. Pendek kata, it is idiot proof. Pada masa sekarang, hand mixer cuma murah sahaja dan dapat dibeli di hypermarket pada harga RM50 pun boleh dapat.

Satu alat yang anda perlukan untuk membakar kek adalah ketuhar. Ketuhar pun tidak mahal lagi. Sekiranya anda ingin membeli ketuhar, biarlah yang ada temperature setting di mana anda dapat menentukan suhu ketuhar itu.

Manakala itu, bila beli mentega, biarlah beli yang tulin. Biasanya, mentega tulin atau butter memang mahal dari lepa susu. Tetapi hasil mentega tulin memang lain dari lepa susu seperti Buttercup. Antara cap-cap yang saya sentiasa beli ialah Golden Churn, SCS atau Anchor (Fern Leaf?). Tengok sama ada mentega itu seberat 250 gram atau 225 gram. Penting! Kalau tidak, kek anda akan jadi keras.

RESIPI KEK MENTEGA

250 gram mentega
200 gram gula kaster
250 gram tepung naik sendiri
4 biji telur
sedikit susu UHT

_______________________________________

Gaul mentega dengan gula kaster dengan hand mixer sehingga putih dan lembut. Masukkan telur dan diselang seli dengan tepung. Campur sedikit susu UHT supaya adunan anda menjadi cair sedikit. Bakar dalam ketuhar selama 40 min pada suhu 180 selsius.

Senang?

***************
Antara masalah-masalah yang dihadapi :

1) Kek merekah di permukaan : Sebab tin terlalu kecil dan suhu terlalu panas.
Untuk menangani masalah ini, biarlah adunan itu sampai ke tahap separuh (ketinggian tin itu)

2) Kek tidak masak tapi permukaan sudah terlalu perang. Masalah seperti diatas. Tin terlalu kecil. Jadi, sekiranya anda mempunyai baki-baki sedikit, bakar kek itu seperti cupcake. Jangan cuba sumbat kesemua adunan.

Biasanya, saya tidak suka menambah sebarang esen vanila ke dalam kek saya kerana keharuman dari mentega sudah cukup sedap.

IMGP7675
Kek epal dan oren. Saya tambak jus dan kulit sebiji oren dan (eeek, what do you call grate?) epal ke dalam adunan. Jadi saya dapat kek epal-oren yang sungguh sedap.

green_tea_cake
Saya ambil sebahagian adunan kek mentega itu dan tambah green tea powder dari Jepun. Jadi saya dapat sebiji kek teh hijau yang sungguh hijau dan harum (hijau dah dihijaukan lagi dengan Photoshop hehehe)

Dengan resipi kek mentega ini, anda boleh tambah segala buah-buahan atau buah kurma supaya menjadi kek yang lebih unik lagi. Jikalau guna buah kurma, biar rendam di dalam air panas dahulu supaya ia menjadi lembut. Kalau suka, kurangkan gula kaster supaya kek tidak jadi terlalu manis.

Selamat berpuasa dan cuba bakar kek ini untuk Hari Raya, ya?

(phew….LOL, I terror-merror, kan?)

5 Replies to “Resipi – Kek mentega”

  1. Madam Lilian,

    This is very funny recipe posting.Just to let you know ‘grate’ in BM is either,”kukur” or “parut”.

    tambak? is it “tambah” you meant? hehe…

    Butter cake was my first attempt to learn baking when I was studying in Bradford, UK 10 years ago.

    Not only the effort failed with my butter cake turned “hangus” (the inner part taste wonderful though), the whole city went ‘black-out” that night.

  2. Cik Lilian,

    Boleh saya tanya “sedikit susu UHT” is berapa sedikit? Satu camca? Dua? Tolong, saya ini tak pintar buat kek, tapi resipi cik ini sungguh …(damn, how do you say tempting in Malay, huh?).Saya punya BM sudah merosot sejak menetap di Amerika Syarikat). Terima kasih.

Comments are closed.