Aneka kueh-mueh dari Kedah dan Hutan Lipur Ulu Paip, Kedah

Hari tu, saya pergi Ulu Paip. Hahaha, let me try writing this in Bahasa Malaysia. Ulu Paip terletak di negeri Kedah, tak jauh dari Kulim Hi-Tech park. Sungai dan airterjun kat sana memang best. Lagipun, sekarang musim hujan jadi air sungai tu melimpah dan sangat jernih. Tapi kalau nak pergi tempat macam ni, biarlah tanya orang kat Kedah sebab hari tu, ada locals beritahu kami mengenai risiko kat sana. Kata mereka, kadang-kadang air melimpah dari bukit dan tiba-tiba sungai tu jadi tersangat dalam.

waterfall

Jangan pergi sorang-sorang atau berdua-duan. Nanti mati lemas pun orang tak tau. Hahaha. Tapi tempat tu memang cantik dan boleh dikatakan bersih juga. Tak ada sampah merata-rata.

Tapi yang saya cukup kagum tu, ialah gerai jual kueh-mueh yang terdapat di sepanjang jalan ke sana. Ada satu gerai Kak Pah (kalau tak silap nama), jual kueh-mueh tu, cuma sepuluh sen. Sekupang tu! Kueh-kueh tu sedap-sedap belaka dan digoreng di gerai tu. Semua masih panas-panas.

IMGP8408

Ini dia ‘picnic mat’ saya. Hahaha. Kain sarong mak saya (yang dah meninggal) tu boleh jadi ‘changing room’ saya. Tak payah cari tempat tukar baju, ada kain sarong, jadi siap. Boleh jadi tikar, jadi tuala dan lain-lain lagi. Yay to Malaysian batik.

IMGP8412

Ini dia, kueh sekupang sepotong (atau sebiji?). Karipap, cucur badak, kueh sengkuang dan cucur entah apa nama.

IMGP8414

Yang ini pulak, lepat labu. (lepat kah, lipat kah, tak tau lah). Ada lepat liat, lepat pisang…macam-macam pun ada.

Selain dari tu, ada juga bengkang, kueh talam dan kueh-mueh yang saya tak pernah tengok kat Penang.

Jadi, kalau cik adik cik abang semua dari Kedah atau Penang, bila senang pergilah ke Ulu Paip. On the way tu, beli kueh.

Beberapa minggu yang lalu, saya ada beli cucur goreng. Yang cicah kuah satay tu? Makcik tu jual 13 biji, seringgit. Aduilah…kenalah saya makan 13 biji cucur sekali. Ngap, ngap, ngap x 13. Nak beli 50 sen, kesian kat makcik yang tengah goreng cucur di bawah pondok di tengah-tengah panas tu.

Yang saya tengok tu, kehidupan kat kampung-kampung kecil macam tu memang happy lah. Mereka semuanya memang happy aje. Pakcik pun happy, makcik pun happy. Siapa kata depa nak development? Development apa? Buat arches tinggi-tinggi tu lah. Hehehe.

Post Author: Lilian

Food, travel, recipes. Chinese Malaysian, blogger, photographer and writer.

6 thoughts on “Aneka kueh-mueh dari Kedah dan Hutan Lipur Ulu Paip, Kedah

    terence

    (November 25, 2007 - 10:06 am)

    Green color curry puff??!!!??

    Lilian

    (November 25, 2007 - 10:34 am)

    Cakap BM lah! Gua tak tau Ingrish. Karipap hijau? Ya. Tapi only the shape like curry puff. It is pumpkin custard with a green outer layer.

    nieza

    (November 25, 2007 - 9:05 pm)

    hey Lilian…
    seriously BM kamu sangat baik lah… tahniah!!..wah kuih sekupang, boleh kah mereka dapat untung.. hehehe..

    liann

    (November 26, 2007 - 4:59 pm)

    Please do heed the kampong forks advice. they should know better. but we also know also that if it raining season (even it is not raining at the particular spot). the changes are the water level or the force of water will increase without your knowledge as uphill it might be raining.

    So forks out there, please remember this when you go to such places.

    liann

    (November 26, 2007 - 5:00 pm)

    Please do heed the kampong forks’ advice. they should know better. but we also know that if it raining season (even it is not raining at the particular spot). the changes are the water level or the force of water will increase without your knowledge as uphill it might be raining.

    So forks out there, please remember this when you go to such places.

    Hamzah

    (December 3, 2007 - 12:16 pm)

    Lilian,
    As a non-Malay, your Bahasa Malaysia is much much better than mine…lol!. Well Done! If I pass by Kedah the next time, I will definitely head for Ulu Paip Air Terjun and look for gerai Kak Pah. Your photoshoot of the kueh-muih make me salivate…drool drool.

    Singapore

Comments are closed.