Resipi untuk sahur – Sup kentang berkrim

Ini dia resipi sup kentang yang saya masak masa di pertandingan ICC. Masa pertandingan, kami tak tahu apa yang kami kena masak. Bahan yang diberikan terhad. Jadi kami semua terpaksa reka menu masa tu jugak.

DSC_0002

Bahan-bahan untuk sup kentang :

Kentang – 2 biji, buang kulit, potong kuib
Daun saderi – 3 batang (american celery sticks) – potong kecil
Bawang kuning – 1 biji besar – cincang
Bawang putih – 1 biji – cincang
Serbuk gulai daging – 1 sudu teh
Kalau ada herba thyme atau herba lain seperti majoram, oregano atau bayleaf, guna sedikit

Mentega – 1 camca besar
garam dan lada secukup rasa
Susu sejat – 1 tin

DSC_0010

Cara memasak

1. Rebus kentang dan daun saderi dengan sedikit air. Kita tak nak air banyak-banyak sebab nanti sup terlalu cair. Jika ada herba, masukkan sekali.

2. Goreng bawang merah, bawah putih dengan sedikit mentega. Cuma nak ‘sweat’, tak mau tumis sampai warna perang. Bila dah lembut, masuk sekali ke dalam rebusan kentang itu.

3. Tambah 1 sudu serbuk kari daging, garam dan lada putih.

DSC_0005

Apabila kentang sudah lembut, tutup api. Masukkan sayur (tanpa air itu) ke dalam blender. (Simpan air rebusan itu kerana ia boleh digunakan sebagai stok. Saya masukkan macaroni, jadi sup pasta dan boleh dihidang sebagai satu hidangan juga.)

Tambah satu tin susu sejat ke dalam blender dan blend kentang itu sampai jadi cukup lumat.

DSC_0012

Tujuan serbuk kari adalah untuk memberi perasa kepada sup itu. Jadi sup itu tidak akan berasa terlalu creamy dan berlemak.

DSC_0026

Selepas blend, saya suka panaskan sup itu sekali lagi sebelum hidang.

DSC_0027

Hidangkan dengan roti…..

Cepat, senang dan sedap. Murah pulak tu. Kos tak sampai RM6 pun dah boleh dapat seperiuk sup yang cukup best, macam yang dihidangkan di restoran makanan barat.

Dengan cara yang sama, i.e. rebus sayuran, blend, tambah susu, kita boleh buat macam-macam sup seperti sup mushroom, lobak merah dan labu, sup brocolli, termasuk sup ayam.

Rahsianya ialah serbuk kari tu yang memberi rasa yang cukup sedap kepada sup.

Jumpa lagi di episode yang akan datang….kekekeke

3 Replies to “Resipi untuk sahur – Sup kentang berkrim”

  1. satu hidangan yang amat saya sukai, masa pertandingan disiarkan diTV saya ambik peluang lihat bagaimana puan menyediakan, tapi tak nampak sepenuhnya, tapi saya cuba buat, menjadi dan anak suka. tapi tak nampak masa awak masukan sebuh kari tu. lepas ni nak cuba ikut resipi sebenar. yang pastinya saya dapat memberi anak saya makan sayur dan bawang tanpa diketahui oleh mereka. kah kah kah….

  2. Anak2 saya cukup suka sup berkrim tapi suami saya tidak mahu sentuh langsung. Saya akan cuba tambah serbuk kari seperti yang dicadangkan, mungkin ini boleh buat suami saya makan. Jadi hidup saya lebih senang sebab tak payah masak 2 jenis sup. Terima kasih.

Comments are closed.